Monday, September 1, 2008

Surat Dari Alimah Salam

Alimah Salam adalah orang yang memperkenalkan saya d pada dunia kanak-kanak dan persembahan boneka . Ketika itu beliau menjadi pustakawan di pustaka bimbingan kanak-kanak dan terakhir di pustaka kuala lumpur . baru baru ni saya terima email dari beliau . mari kita kongsi bersama

Hi... seronok pulak I baca cerita you ni..rasa macam muda-muda dulu
aktif dengan kumpulan bercerita dan puppet..wahh zakiah pun dah boleh bagi
ceramah..best betul..Jaja dah umor berapa sekarang..ada bakat mewarisi
minat you pulak ya..Ingat tak dulu kita ada sebut..kalau sampai tua
kita main puppet macamana agaknya..tak mustahil ni akan berlaku..haha..

OK Bengkel bercerita tu buat di Jakarta..sapa sponsor orang-orang
Malaysia tu pergi..ada penaja ke? I ada terbaca Purnama pun ada anjurkan
bengkel bercerita tapi tak silap penceramah orang Jepun..I ada dapat
hebahan bengkel yang di hantar kepada member IBBY. Dalam hati I kata DBP dah
nak cari pelapis utk aktiviti bercerita di KL...

Macam mana pulak si X yang senior tu masih jadi pemerhati aje di
Jakarta tu..sepatutnya dah boleh beri ceramah macam Zakiah..kalau dia
bercakap dengan kita macam pakar aje lagaknya..hairan juga dia masih
mengikuti perkembangan aktiviti ni lagi..masih aktif lagi kah dia..

...Kat sini kadang-kadang I teringat zaman
muda-muda dan kisah group kita..tak sangka dengan puppet show aje kita
dapat menjelajah seluruh Malaysia dan juga Indonesia, Manila, Thailand
dan ke Jepun!!!

Kami kat sini berpuasa esok..1 September..semalam pergi jamuan hari
kemerdekaan dengan rakyat MAlaysia di Jedddah ni..pagi ni ada majlis
naikkan bendera dan nyanyian negaraku..tapi I tak pergi..

Kirim salam kat Zakiah..dan tahniah cakap kat dia..dia serba boleh..

Alimah
Jeddah

No comments: